Showing posts with label Makluman. Show all posts
Showing posts with label Makluman. Show all posts
Posted by
Biro Hal Ehwal Pengguna UMNO PG
In:
Makluman
PENGERUSI
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Terima kasih kepada semua yang sudi melayari Blog Biro Hal Ehwal Pengguna UMNO Bhg Pasir Gudang. Semoga dgn kewujudan blog ini akan memudahkan semua masyarakat dan pengguna di parlimen ini khususnya tak kira apa bangsa sekalipun akan dpt menikmati kemudahan2 serta info perihal Kepenggunaan yg akan di muatkan didalam blog ini.
Akhir kata, saya menyeru agar dengan kemunculan blog-blog untuk setiap Biro-Biro di Parlimen Pasir Gudang ini akan menambahkan lagi ape saja pengetahuan serta kefahaman dalam pelbagai bidang. Baik dari segi politik mahupun lain. Serta yang amat penting diharap akan dapat membantu parti kita untuk merapatkan jurang perbezaan pendapat antara kaum seterusnya membantu kemenangan yang lebih cemerlang dalam pilihanraya yang akan datang.
Terima kasih dan salam hormat.
MD. KHALID BIN ABU BAKAR
Pengerusi BHEPPG
Posted on
-
0 Comments
TANGGUNGJAWAB PENGGUNA
Kesedaran untuk mengkritik
Pengguna mestilah mempunyai kesedaran untuk mengkritik jika berlaku sebarang penyalahgunaan atau penyelewengan terhadap hak-hak pengguna.
Penglibatan dan tindakan
Pengguna mesti terlibat dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan hak-hak pengguna dilayani dengan adil.
Tanggungjawab sosial
Pengguna mesti bertindak dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran terhadap masyarakat supaya tindak-tanduk yang diambil tidak menimbulkan kesulitan yang lebih besar.
Bersatu padu
Pengguna mesti bersatu dan bekerjasama dalam tindakan agar kepentingan mereka tidak mudah digugat.
Posted on
-
0 Comments
Hak Pengguna
(1) HAK untuk mendapatkan keperluan asas
Pengguna berhak mendapatkan barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yang memuaskan di dunia moden ini. Keperluan asas ini termasuk makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, perumahan, kemudahan kesihatan dan pendidikan, dan sebagainya
(2) HAK untuk mendapatkan keselamatan
Pengguna dilindungi daripada pemerosesan dan pemasaran barang serta perkhidmatan yang boleh membahayakan pengguna.
(3) HAK untuk mendapatkan maklumat
Pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkannya membuat keputusan yang bijak. Pengguna hendaklah dilindungi juga daripada dakyah pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang palsu, penipuan dan penyelewengan.
(4) HAK untuk membuat pilihan
Pengguna dipastikan mendapat maklumat langsung mengenai pelbagai keluaran dan perkhidmatan. Pengguna perlu diberikan penerangan yang dapat memberi pilihan dalam membuat keputusan. Perlu ada jaminan bagi menentukan mutu dan perkhidmatan memuaskan dengan harga yang berpatutan.
(5) HAK untuk bersuara
Ini bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan yang sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan dan tindakan yang cepat serta saksama daripada pentadbiran pengadilan.
(6) HAK untuk mendapatkan ganti rugi
Pengguna berhak mendapat penyelesaian untuk pembelian keluaran yang cacat atau berbahaya ataupun perihal dagangannya yang `mengelirukan' serta pampasan bagi perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak menepati perjanjian.
Posted on
-
0 Comments
Posted by
Biro Hal Ehwal Pengguna UMNO PG
In:
Makluman
OBJEKTIF
1) Meningkatkan kesedaran dan perlindungan pengguna melalui latihan dan pendidikan kepenggunaan dan penyediaan sumber maklumat yang berkaitan;
2) Membangunkan gerakan kepenggunaan yang lebih objektif
3) Membangunkan standard keselamatan barangan melalui peruntukan perundangan yang jelas;
4) Menguruskan aduan-aduan pengguna secara efisien; dan
5) Mengkaji isu-isu kepenggunaan semasa bagi membantu pembentukan polisi kepenggunaan masa kini dan akan datang.
Posted on
-
0 Comments
Subscribe to:
Posts (Atom)
